BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 4, 2009



Apakah anda percaya dengan UFO dan Makhluk Asing?
Jika YA anda teruslah membaca...


Kes pertama UFO direkodkan terjadi ke atas Kenneth Arnold, bekas tentera udara Amerika Syarikat. Semasa memandu pesawat ringan di Pergunungan Raineer dia terserempak dengan sebuah objek berkilat. Laporan yang dibuat ekoran kejadian itu merupakan penemuan yang penting dalam kajian UFOlogy.Satu kes yang paling penting dalam kajian UFO ialah misteri UFO terhempas di Roswell, New Mexico sehinggakan Pegawai Pemerintah Penempatan Tentera di Roswell ketika itu mengarahkan pegawainya mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyebut tentang sebuah kapal angkasa makhluk telah terhempas.


Dalam tahun 1992 adalah dikatakan 10,000 kes UFO dilaporkan di selurub dunia. Apakah benar ke datangan mereka itu untuk menakluki bumi Seperti yang digambarkan dalam cerita-cerita Hollywood? Erich Von Daniken dalam bukunya "Chariots of The Gods?" berpendapat makhluk-makhluk asing ini sebenarnya telah melawat bumi sejak zaman purba lagi. Beliau memberi contoh hasil lukisan-lukisan yang terentang di Padang Pasir Nazca, Peru.


Von Daniken berpendapat lukisan itu terhasil dengan bantuan makhluk asing menunjukkan tempat pendaratan kapal-kapal angkasa mereka. Penulis itu juga berpendapat manusia banyak mengetahui dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada makhluk asing.Atas sebab itulah setengah tamadun awal manusia mempunyal ciptaan-ciptaan yang aneh dan begitu menakjubkan sekali.


Misalnya bateri purbakala yang masih tersimpan di Muzium Iraq merupakan satu ciptaan yang sudah tentu dibantu oleh tangan-tangan luar.Begitu juga pembuatan kristal dan ilmu-ilmu matematik orang Assyria. Von Daniken ber- kata ciptaan-ciptaan itu menunjukkan adanya manusia dari planet lain yang melakukan pemindahan teknologi. Menurut Erich keadaan inilah yang telah dilalui oleh manusia purbakala apabila berhadapan dengan "angkasawan" yang telah turun ke bumi ketika bumi masih berada dalam zaman pra-sejarab.


Kejadian melihat UFO bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Buku "Greatest UFO Mysteries" ter- bitan Orbis Publications menyenaraikan kejadian kes-kes UFO yang terkenal telah mencatatkan satu kejadian di Kelang di mana dua buah piring terbang telah menghalakan sejenis pancaran ke sebuab kilang yang mengakibatkan kebakaran. PADA Oktober 1999, penduduk Tanjung Sepat gempar kerana menyaksikan objek UFO. Kejadian terlihatnya cahaya yang berlegar di ruang udara atau UFO atau piring terbang bukan sesuatu yang baru kerana banyak kes yang berkaitan dengan UFO telah terjadi di negara ini.


Sebelas tahun dahulu sekitar 1984 telah dilaporkan suatu objek terbang yang tidak dikenali dikawasan Hulu Langat. Pada 1987 di Mentakab, Pahang objek piring terbang yang dikatakan sebesar sebuah kereta dikatakan telah telah dilihat oleh sekumpulan guru dan murid.


Pada 1991 di Pontian beberapa orang pemain kompang cuba mendekati piring terbang yang dikatakan telab mendarat, tetapi piring terbang itu terbang apabila dihampiri. The Malay Mail bertarikh 21 dan 24 April 1993 telan memuatkan berita mengenai terlihatnya UFO di kawasan Bangsar dan Ampang. Di dalam buku "Pelawat Dari Angkasa" menceritakan kejadian yang berlaku ke atas seorang pelajar yang ditembak oleh makhluk kenit yang datang menaiki piring terbang sebesar dulang. Kejadian itu berlaku di Tronoh, Perak pada 1974.